Saturday, July 16, 2011

hoykeh ! tak sabaq la pulokkk

Assalammualaikum dan salam sejahtera
gua ada berita gembira nak bagi tahu, actually dah lama .
By this July (1.7.2011) im attending to ------>
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta (KSKBUK)
apa yang bestnya , aku memang tersangat lahh beruntung dan bertuah sebab kolej ni baru saja dibangunkan dan masih baru plus sangat cantik . . 

Seni bina bangunan tu memang modern dan sofistikated . . 
Dengar khabarnya, kolej ni adalah antara Institusi pengajian tinggi awam yang paling canggih dalam Malaysia . . dan kos pembinaannya juga menelan bajet hampir 380 juta . . wauwauwau ! free wifi lagi tu ! on9 memanjang la aku . . lagi satu , kolej ni memang betul2 atas bukit . . gah gila bai ~ buleh tengok view alam flora wehh . . nak hiking ka hapa ka buleh aja . . dekat dengan ayaq terjun pulok tuu . . ish . . tasabaq tasabaq ! 
Well, kita tengok sahaja julai depan. Betul ke?

Thank you, Kementerian Kesihatan Malaysia for the new kolej .
 the first thing aku google dalam enet sebelum masuk mana2 sekolah atau institusi belajar , mesti aku surf image asrama dia . . and greatfully , asrama KSKB ULU KINTA ni sangat3 lahh cantik . . macam hotel bro ! 

ok , jum check gambaq KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU ULU KINTA yang aku nak masuk nanti !

asrama ( mau dapat almari besaq macam tu ofkoz la aku bahagia gila )

lobby

administration block

laluan pej. pentadbiran

pintu masuk lobby

surau 

view from surau straight ahead to central plaza

dewan perdana 

central plaza

research block a.k.a pusat sumber a.k.a library ( tudiooo ehh . . manyak tangga maa . . gua buleh kuwus woo )

dewan serbaguna

dining hall a.k.a dewan makan ( DM )

cafeteria . . 

wauuu . . siries gua x sabaq gilo . . haha . . stadi pon best . . tempat stadi pon cun . . elaun pon gempak . . kerja pon komfem . . what a wonderful world . . ALHAMDULILLAH . . SYUKRON KABIRON SYUKRON JAZILAN YA ALLAH . . lepeh ni , habeh stadi nanti , time buat praktikal tu , aku nak takel doktor sorang . . walaa . . niat tak baik gila . . tak dapat padan muka ! haneem dah tak gojes dah ! haha . . 

kokunkaaapp !




Thursday, July 14, 2011

mimpi makanan !

oh gosh ! aku just woke up from my sweetest dream ever . . ahahahaha . . aku mimpi pasai makanan wehh . . aku lepak2 kat borong din ( kalo betui2 , mmg makanan juai kat borong din eahh ? ) . . dalam mimpi aku tu , aku beli macam2 jajan . . antaranya : -

biskut bantal

kuih raya almond london

egg tarts

dan coffe beverages

i swear when i just woke up , aku lapauuu giloooo ! ! kelam kabut turun rumah pi dapoq . . haha . . las2 , nampak laaaa nasik lemak 3 bungkus . . tunggu pa gi . . aku tibai semua la . . ohsem gila ! aku makan macam maria tunku sabri makan wooo . . very the lapaq i tell you !

tapi takpa . . bagi hampa2 yang nak belajaq buat tart telur , ni aku bagi resipi cara aku laa . . simple dan senang ja . . budak kecik pon bleh buat . . haha . . ni bahan2 nya :


Bahan-bahan

bahan utk crust : 

2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula halus 
1/2 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon garam
1/2 cawan butter (bhgikan kpd 8 bhgn kecil2)
2 biji telur

bahan utk filling : 
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan air
1 tbs tapung kastard
½ tsp vanilla essence


Cara-cara


  1. Utk buat crust : Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dlm doh mixer / food processor / guna tgn pun boleh . tapi dah mixer aku tarak , aku tauk dalam blender ja . . Sebatikan.
  2. Masukkan butter . Sebatikan .
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Tunggu hingga menjadi bentuk doh.
  4. Cara utk buat filling dia pulak : Pukul gula dan telur.
  5. Masukkan semua (bahan filling) yg belum dimasukkan. Kacau hingga sebati kemudian tapis.
  6. Tekan doh ke dalam bekas tart/pie. Then tuang je bahan filling ke dalam acuan bekas tart yg diletakkan doh tadi.
  7. masuk kan dalam oven ( suhu agak2 ja . . kalo selalu aku buat kek , aku hamek suhu 180cc for about 30 minutes )
. . ni jugak aku nak kongsi satu cara nak makan / minum coffee in best way . . tak gaduh nak beli kat starbucks laa . . dah la mahai . . 

  1. bancuh kopi dengan pekat sekali ( jangan boh gula )
  2. amek laaa aiskrim vanilla atau coklat
  3. goreng badam atau kacang
  4. tuang kopi dalam cawan , masukkan ais vanilla , taboq badam goreng tu . . sedap wehh . . 

kita buleh aehh nak masak apa saja asalkan kita kreatif dan tak takut dengan api . . haha . . bagi aku , im 18 . . tak lama ja lagi nak ada suami , nak ada anak2 . . then , kalo aku tak pandai masak , susah laa . . so , i tried very hard untuk belajar masak benda2 yang crusty2 and wallaaaa untuk tambat hati keluarga aku nanti . . haha . .berangan sunggoh haneem nehh ! 

boilaaaa ! ! buenas noches ! ! <------------------ bukan selamat malam ka . . . ?




Wednesday, July 13, 2011

dunia haneem gojes ~

i always asking myself . . kenapa aku selalu cuba lari dari sesuatu yang indah . . ? and that question do stressed me out . . bagi aku , kalau betapa mudahnya seseorang tu terima kita , the same thing will happen when he simply walked away from us one day . . aku bukan nak prejudis dengan el oo vi ee ( love ) tapi love aint pleasant thing . . macam satu kisah aku satu masa dulu . . mudahnya dia datang dalam hidup aku . . waktu aku tengah bersedih even gembira . . 







. . then he just walked away and leave me all alone in my dusty life . . pergi yang takkan kembali . . ya , dia la tokwan aku . . aku rindu wan . . rindu wan . . rindu . . 


Tuesday, July 12, 2011

lamanya tak kelik blog !

vooooommmmmmmmm . . . vooooooooommmmm . . aha aha . . tengah vakum sat blog nehh . . dah bersawang dah . . nak buat gena . . dah modem enet buat masalah kemain sampai dua minggu lebih aku tak hupdate blog . . thats sounds terrible ! ! pehhh ~ ada yang tanya . . kemana aku menghilang . . shortly , aku baru saja habeh berpantang selepas melahirkan anak sulong yang di beri nama BABY LAPPY . . hahaha . . anak pun semakin besar dan petah berkata2 , dah tak pakai pampers , dah berhenti menyusu , dah berhenti dari tidoq buai , dah pandai pakai baju dan kasut sendiri … . . dah besar rupanya … . tahun depan dah nak sekolah kan , kena belajar basuh bila dah popo ok . . ? haha . . 

.
.
.
.
.
.
.
.
.

hampa tak paham ehh ? lappy tu kan shortfom for laptop . . ya laaaa . . laptop aku dah belajaq jadi dewasa . . tak perlu dah nak selalu kena servis lepas guna . . sebelum ni kan dia diserang penyakit cacing ruman , , virusu wormsu . . 


sampai kerap meragam . . aku nak update blog pon susah . . balik2 , baby lappy dah sihat , my hubby , MR MODEM pulak buat hal . . dok buat xdapat network receptions pulak . . masalah2 . .  hadehhh . . 

but !

. . lepas ni pon , mugkin aku dah x buleh nak hapdet blog dah . .ya laaa . . panggilan ilmu . . nak pi belajaq woi ~ tarak masa dah nak blogging semua nehh . . wuwuwuwuwuwu ~ ~ so , catch you guys later ! nanti2 aku kembali bersiaran semula . . bobbbyeeeeee !

Monday, July 11, 2011

time capsules ~

okeyhhh . . i have already made a bottle of time capsules . . hmmm . . . ? what the heck is that ? well , time capsule bottle ni  macam kita gulung2 qetaeh  kertas , tulis laaa apa2 wish dalam tu ( bukan macam unsur pemujaan macam lempaq det syiling dalam kolam or something like that , ni xmasuk unsur divine yo ) , then , gulung2 jadi capsules pastu boh dalam bottle . . tapi aku xletak wish semua tu . . aku banyak nya buat notes about my past . . macam kalo aku pi jalan2 mana , aku make note then aku buat la capsules . . so that , nt bila aku bukak balik bottle tu , aku bulih laa baca balik kisah muda2 zaman remaja nehh . . how to make it ? its just simple as aliff baa taaa . . 

first step :


- buat nota atas kertas warna warni atau seasoned paper . . pastikan gunting kertas tu memanjang so bila nanti kita gulung , dia buleh membujur macam capsules . . 


second step :


- pi laa cari botoi2 kaca . . yang comey2 . . sorry to say tapi botoi yang bentuk macam wine bottle BUT not the real wine bottle . . botoi madu kaa , , or apa2 ja yang bottleneck tu panjang . . baru kiut . . susah2 beli jaa kat mana2 gifts shop . . komfem murah dan selamat . . 


third step :


- masukkan wish , or message notes hampa dalam bottle tu . . 


forth step :


- ikat kepala botol tu dengan reben nak bagi nampak kiut dan ohsem gituuuu . . 


fifth step :


- tanam bottle tu jauh ke dasar bumi seumpama mengkuburkan dia ( nak bagi impak misteri time nak gali2 bottle tu nanti ) , , xpon sembunyi atas syiling rumah . . asalkan , hampa buleh pungut dia balik nanti . . wahahahahahahh . . xlawak ponnn . . pulon la haneeemmm . . 


ekceli , time capsules ni dah lama orang buat . . dah jadi kebiasaan rakyat negara barat buat benda ni . . so , aku yang x berapa nak melayu ni , almaklumlahh , bapak aku sweden , mak aku poland . . gabung2 jadi melayu . . haeeehhh . . hapo nehhhh . . ok , enjoy your free time doing this ! FYI , aku dah ada 16 time capsule , , meqata pelusok alam aku tanam . . atas loteng , kat rumah tok ,celah tilam , dalam mari baju bapak ( sorry ye daddy ) , even kat tepi kuboq wan ( woiii !!! damn it !! main2 dengan arwah wan . . al Fatihah ) . . siries best ! dan semua notes dalam tu , untuk sapa lagi kalo bukan untuk encik 'pakcik' . . hahahahaha . . dia nak baca ka x tak tau laa . . silap2 nanti aku yang tergedik2 cari , terhegeh2 bukak dan over excited mcm mr bean baca notes sendiri . . encik 'pakcik' dok layan bola jaaa . . pehh !

Friday, July 8, 2011

macam mana laa kalo aku kena simbah asid ?

Sekarang ni, zaman manusia semua dah saiko gila ! . Ada ja benda-benda pelik terjadi . Dunia pun macam dah tak selamat , lagi-lagi aku ni perempuan kan . Nak keluaq pun rasa macam berdebar-debar ja . Tiap kali keluar rumah , mak mama mesti pesan baca surah, baca ayat-ayat penting . . moga dijauhkan dari segala mara bahaya oleh manusia yang bersikap bagai syaitonirojimmmmmmmm ~ 





Isu paling hot sekarang ni , pasal simbah menyimbah asid . 


Kalau hangpa baca paper, mesti dah dapat tengok lukisan gambar muka penyimbah asid tu kan , aku tak mau letak kat entry ni sebab menyampah sangat tengok muka orang tu . Kalau hangpa nampak motorsikal lebih kurang macam bawah ni , standby ok , lari jauhjauh dari dia , kalau ada asid , hangpa simbah kat muka dia , atau rejam dengan apa-apa pun . Nak lagi hebat , langgar lari terus ok ! ! ehe . .  kan dah marah . .




depa suka pakai , bukan suka haneem ooiii , memang kena pakai helmet berlitup sebab x mau identiti dikesan . . pakai jaket . . dan mostly naik moto bedua duaan macam gay . . jangan la pulak gegell kat luaq sana nampak mat2 moto ceni , pakai smart2 , dok puji hensem pulak . . pastu dok usya depa spark . . kena simbah baru tau !



Selalunya , kalau kes-kes asid macam ni , depa guna cuka getah , sebab senang nak dapat kan dan murah berbanding asid-asid yang kita guna di lab . Tapi , entah-entah penyimbah ni lab assistant ka , researcher ka , manalah tahu kan , dia curi asid-asid yang 100% tu buat simbah orang . Memang saja cari penyakit bet0i

OK ! KALIAN2 DAN DIKAU2 DAN CEK ADEKK MANISSS SEMUA !  ! tolong sangat-sangat berhati-hati dekat mana-mana pun . Jangan jadikan diri kamu yang cantik-manis-comel-pewwett itu jadi mangsa okay . COME ON GIRLS ! ! Sebab kesian sangat kalau kena . kita orang pompuan sangat tak berdaya nak lawan so better hindar . . SAYANG HAMPA SEMUA WAHAI KAUM HAWA OIIII ! !

 Tak sanggup la nak cakap apa. Bagi yang jadi mangSa, tabahkan hati kuat-kuat ok ! 


Diharapkan agar si penyimbah asid tu cepat-cepat la kena tangkap dan hukuman gantung sampai mati ! !  ! eeii , geram taudokkk , geram , ingat perempuan ni apa oi !sesuka hati nak simbah-simbah . Simbah la dengan wang ringgit atau baju-baju atau ipad-ipad atau kasih sayang atau bunga-bunga cinta chadurry kaaa . . kan lagi best . Emphh ! ! 

JANGAN TAMBAHKAN KEBENCIAN AKU KEPADA KAUM ADAM ! HISHHH . . dah la kalau ada kes rumahtangga pon , si wanita jadi mangsa . . kena debik , kena  terajang  tendang , dan macam2 bentuk seksaan fizikal dan mental lahhh . . ish3 . . kami ni dah la lemah . . fakta mengatakan , daya kekuatan perempuan berusia 25 tahun = lelaki 65 taun . . so macam mana laaaa kami nak laqat bedai lelaki berusia 20 - 65 nehhh . . silap2 mati kami . . mencik ahhh dengan lelaki ! tasuka tasuka tasuka ! semua sama ! time becinta bagai nak rakk . . sayang sajaaaa . . mau lepaeh kawen , kaki naik kepala . . tagunabetuilakizamanlaaaa ! ! haaa . . seqopa aku pulak isteri teraniaya . . kawen pon belum . . . kan dah emo . . xmau2 . . cepat tua ! tapi aku marah ni ! ha nah amek kau ! ni la muka aku time marah . . 

pehhhh ~ panjang bebenau lidah kau cek lembu . . 



Wednesday, July 6, 2011

penyokong kelantan berjemaah di padang bola , kenapa tiada dalam akhbar?

Teruja dan terharu melihat kekhusyukkan para pemain kedua belas Kelantan ini yang tetap menunaikan solat meskipun terpaksa beralaskan hamparan batu merah stadium keramat mereka. Lokasi dari pintu H ini diharap dapat membuka hati dan iman para penyokong Kelantan yang lain dalam melaksanakan tugasan kepada Maha Pencipta.

Terima kasih juga kepada pihak pengurusan stadium yang menyediakan kemudahan air dan tikar untuk memudahkan para penyokong yang hadir menunaikan kewajipannya. Usaha dan sikap yang dipamerkan semua pihak ini harus diteruskan dan dipuji sebagai contoh kepada umat islam lain dengan harapan menjadi ikutan para penyokongKelantan yang lain.








Situasi ini sukar untuk dilihat disiarkan di dada akhbar (Utusan, BHarian, TV3, rtm dan sebagainya).  MUNGKIN UNTUK MENGELAKKAN DARI KELANTAN DAN KEPIMPINAN TG NIK AZIZ DIPANDANG BAIK. Ini antara watak-watak yang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan meskipun ada segelintir penyokong Kelantan yang menyebabkan penyokong Kelantan yang lain dipandang sinis penyokong pasukan lain. Yakinlah! Kemenangan atau keputusan perlawanan akan lebih bermakna jika mendapat keredhaan Illahi.

Kita tidak pernah menyedari untuk memanfaatkan solat sebagai alat penolong, sumber hidup, penerang jiwa dan tempat kita bertanya Allah SWT tentang persoalan yang sukar diselesaikan.

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
(QS: Al-Baqarah 2:45)

"Kesedaran dan kepercayaan itu datangnya dari Allah. Allah mengilhamkan kita samada taqwa atau fujur (kefasikan/keburukan). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (fujur) dan jalan ketaqwaannya."
(QS Asy Syams 91:8).

"Khusyuk di dalam solat itu mudah. Allah mengkehendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu"
(QS: Al-Baqarah 2:185)