Friday, July 22, 2011

kenangan cinta ribena

hmm . . tahun 2004 . . aku darjah 5 . . kisahnya bermula dia KELAS PENGAJIAN AL QURAN . . pusat mengaji la wehh . . besaq pusat mengaji aku ni . . macam sekolah . .  aku ada admire kat sorang budak sebaya aku . . dia lelaki . . sememangnya lelaki takkan pompuan pulak . . nama dia BEN ( bukan nama sebenar ) . . hensem tu x laa hensem sangat . . maybe dia fes love kot . . my very fes love . .  dia sekelas dengan aku . . tiap kali waktu rehat atau waktu2 free dalam kelas , aku mesti usha dia . . tengok dia main ' COP ! BODY GLOVE ! ! ' natang bapak paa xtau . . siries aku jeles beb . . aku ni x laa menonjol sangat waktu tu tapi orang kenai laa . . nak pi dok luah perasaan katdia memang tak aa . . jadi kekasih lelap ja laa . . haha . . kawan baik aku pulak time tu , memang baik dengan ben ni . . so , setiap kali balik ngaji , time turun tangga ka apa ka , time tengah tunggu makpak mai amek balik , dan laa aku borak2 dengan membe aku tu . . mesti soalan yang tak lekang dari mulot aku " dia ada cakap dia suka sapa2 tak hari ni ? " . . pehh . . gedik bebenau . . dajah 5 dah pandai feel2 dah . . 

. . time tu feel cinta aku memang hebat ahh . . dia macam satu rasa nak bercinta atas sebab ..... tak tahulah sebab apa tapi mungkin time tu perasaan cinta mula dicampak dalam qolbu kott . . bila naik dajah 6 , aku turun kelas . . masuk kelas no2 . . kes over dreaming ahh nie . . quran surah ali imran x beganjak lansung . . haha . . tapi sebbek kawan aku tu still sekelas dengan ben . . bila kelas berubah , maka blok pon terpisah . . aku dok blok paling belakang  kat ngaji . . blog kelas dia pulak depan dekat dengan kantin . . so waktu rehat dah tak sama . . sambil lalu nak pi kantin tu , sah aku usha punya kelas dia . . tercari cari ben aku . . maklum laa . . rindu dehh . . balik ngaji ja , terus aku celapak pi kat kawan aku tu . . tapi hari tu , aku ada good news . . membe aku cakap , ben ada tanya dia sesuatu pasai aku . . " fithrahaneem tu kawan hang eh ? dia tak banyak cakap enn ? lawak la dia . . tengok dia sembang dengan hang , ayat2 dia memang lawak . . teringin nak kawan . . " . . aku tekezzuuuttt x mau2 kot . . dekat 6 kali aku mintak kawan aku sumpah demi tuhan , demi quran , demi syurga , demi macam2 cuma bukan demi lovato ja gi nak mengesahkan kebenaran cita tu . . qasa sejuk ja ubun2 time tu . . time tu rasa dalam hati ada taman permainan woo . . 

lepas tu , mula laa syok sendiri . . aku hengat dia mesti syok kat aku gakk . . keinginan dia nak berkawan tu seolah olah kesudian dia menerima cinta nehh . . time tu , aku koyak kertas buku paling belakang . . buku feqah paling nipis sekali sebab buku tu jarang guna so paling kerap la jadi saksi cinta ini ! aku tulis ' ben . . aku suka hang ' . . jerhhhh . . kasauuu bebenauu ayat . . pastu lukis la love sikit . . kaler dengan markerpen kelas warna merah . .

Sepucuk suratku tulis

Menyatakan harapan
Walaupun kukebimbangan
Kau berbeza pandangan
Namun ku tetap menanti jawapan

Alangkah riangnya di hatiku

Luahan hasratku mendapat perhatian
Ku terima balasan darimu
Kau jua menyimpan perasaan

. . lirik lagu CUDIPT kat atas ni dah cukop kot menceritakan situasi selepas surat aku di pos kan ke meja ben . . indahnya waktu itu . . 

. . kami saling merahsiakan perhubungan ini . . bila selisih kat koridor or kantin ja , mesti senyum2 . . tapi cakapnya x pernah . . even nak jumpak2 ni . . cuma surat memang tiap2 hari berbalas laa . . ben ni ada adik dajah 2 time tu . . tiap kali sebelum balik , aku jumpak adik dia . . rasuah coklat 2 3 bijik pastu mintak kem salam kat abg dia . . anyonyonyonyo ~

. . pastu tengah taun dajah 6 , ben kena pindah . . abah dia kena posting pi johor . . jauh bappakkkk . . aku lost macam2 . . lost contact , lost hopes , lost confidence , lost se-lost lost nya . . aku rindu sangat2 . . bila pi ngaji ja , mesti aku rindu ben . . tengok setiap penjuru pusat ngaji tu , nampak kelibat dia . . 

. . sekarang aku dah tamat sekolah menengah dah . . saja la hari tu ajak mak aku pi jalan datuk kumbar . . pi usha pusat mengaji tu . . tapi dah tutup . . aku terbayang gila kenangan tu . . aku pernah cuba jejak dia . . cari dia . .khatam buku yellow pages . . aku imajin la jugak gimana sih rupanya sekarang . . ? pasti hensem punya lahh . . dekat facebook , aku cari nama dia , , not found . . 

sampai la satu detik , aku dapat jugak jumpak profile fb dia . . aku terus add . . di sebalik kebahagiaan tu , terselit kekecewaan apabila ternampak statusnya ' in relationship with ........ ' . . selepas 7 taun berpisah , jumpak jugak dengan dia . . muka dia memang banyak berubah . . rambut yang dulu hitam kini dah di merah kan . . dia yang dulu suka berbaju melayu kini berconteng contengan t-shert dia . . pelik jugak kenapa perlu hebah istilah " saya sayang awek saya " kat thirt tu . . adessss ~ sejak dari tu , kami mula chatting di fb . . dia mintak no aku . . aku x bagi pon laa sebab satgi NIK _ _ _ _ _ _ _  marah pulak . . tapi bila dia sendiri yang bagi no dia , aku pon mula la hantaq mcg . . banyak kami berbalas cerita kenangan . . dan sampai sekarang dia still mcg , memanggil aku dengan gelaran _________ . .gelaran zaman muda . . penah aku bertanya pasai perubahan dirinya tapi jawapan dia ' oh ! nanti laa kami jadi macam zaman kecik2 dulu ' . . 

haha . . indahnya cerita zaman muda . . dan lagi indah kalo dapat kekalkan fizikal zaman muda . . 

. . dan doakan persahabatan ini terus kekal . . tapi bukan percintaan naa . . persahabatan . . 

No comments:

Post a Comment