Wednesday, June 1, 2011

alahaiiii ~ c0melnya berbaju kurung !

geddiyappppp ! !

Kita orang melayu, berbangsa melayu (aku wong jowo), pakaian yang menunjukkan bangsa kita ialah baju melayu bagi lelaki dan baju kurung atau baju kebaya bagi perempuan . Tapi makin hari makin aku tak nampak orang pakai pakaian bangsa kita. Baik lelaki mahupun perempuan lebih selesa mengenakan t-shirt dan seluar jin (jeans) sahaja untuk kemana-mana. Berdasarkan apa yang aku belajar dalam subjek Tamadun Islam Dan Tamadun Asia ( waktu fom5 dulu laa ) , runtuhnya suatu tamadun itu jika jika bangsanya tidak lagi mengamalkan apa yang sepatutnya menjadi lambang bangsa tersebut .


Perempuan lagi comel kalau berbaju kurung kan ? Korang semua yang baca entri ni mesti setuju jugak kan . Kalau aku buat survey kat semua lelaki kat seluruh Malaysia ni , diorang pun mesti akan vote setuju . Sapa yang tak bangga kalau ada makwe berbaju kurung , comel dan sopan . Mak bapak korang pun tak akan terfikir 18 kali nak buat makwe korang tu jadi menantu . Bila jalan-jalan gi memana pun rasa bangga jer . . 


Tengok Ana Rafali tu . Dia artis tapi dia selesa berbaju kurung semasa membuat persembahan . Takde malu pun . Macam tu yang bagus . Itu boleh membuatkan peminat-peminat dia ikut macam dia . Sebagai ikon , selain menjadi penyanyi dia jugak menunjukkan cara pemakaian orang melayu kepada umum .


Aku bukanlah peminat tegar Ana Rafali .

tips nak nampak comey + kiut + wallllllaaaaaa !!!! + sot siut sot siut ! time berbaju kurung :

Rasanya tak payah contoh jauh-jauh kot . . bab rambut tu abaikan . . aku bagi tips kat amoi yang nak pakai baju kurung nihhh . . 

Ini adalah satu fenomena . Dulu pernah hangat dibincangkan dalam forum kat sini dan ramai orang setuju awek yang memakai baju kurung sambil rambut dilepaskan ke belakang memang cantik dan cun ( amoi tips ! ) . Tak payah nak make up tebal-tebal , warnakan rambut atau pakai contact lens yang berwarna-warni ni , just plain rambut ikut warna asli , mata hitam pun orang pandang kalau awek pakai baju kurung . .

Percaya atau tidak, benda ni memang benar. Rata-rata perempuan di Malaysia (khasnya Melayu) suka melihat lelaki yang memakai baju Melayu . Kalau tak percaya, tanyalah mana-mana perempuan dan mereka akan confirmkan statement ni . Kenapa ? Aku pun tak tahu. Tapi aku rasa lelaki yang pakai baju Melayu ni memang nampak ada aura pendekar Melayu . awek akan berasa semangat dan selamat ! kalo hampa perasan ka x , kalo mai tang hari raya , mata awek ni banyak tertancap kat laki yang pakai baju melayu bhaaaiiii ~ ( ni aku rasa aku ja kott ) peace ^^ !



imej tibai kat google . . pemilik gambaq ni jangan maraa . . aku puji hampa hensem nii !

Perempuan-perempuan di luar sana, percayalah hangpa kalau berbaju kurung akan nampak lebih
  1. Menawan
  2. Jelita
  3. Ayu
  4. Comel
  5. Sopan
  6. Cantik
  7. Menarik
  8. Memang Da Bomb
dan hangpa jugak akan menjadi
  1. Gadis melayu
  2. Anak dara pingitan
  3. Menantu idaman
  4. Perempuan melayu terakhir
di Malaysia .

Tak payah la korang nak banggakan t-shirt adik korang yang korang pakai yang menampakan pusat bagai tu. Tak payah la bangga dengan seluar jin ketat yang korang pakai tu. Free-free jer kang dapat title bohsia. Bila lelaki nak cari makwe, mungkin la korang akan terpilih. Tapi bila lelaki nak mencari isteri, orang macam korang la yang kena blacklist dulu.

Aku tak nafikan, tak semua perempuan yang berbaju kurung itu baik. aku pon main pakai ketat jugak . . aku turut terkena tempias tangan yang menaip entry nihhh . . Seperti kata pepatah Inggeris, jangan tengok buku dari kulitnya. Tapi dari segi pandangan umum manusia, yang nampak elok dari luar mesti jugak elok di dalam kan. Tak sia-sia berpenampilan sopan dan elok. Selain daripada menonjolkan kecomelan korang, secara tidak langsung korang mengamalkan budaya orang melayu. Takkan melayu hilang di dunia.




1 comment: