dan sememang nya saya , fithrahaneem , memerlukan lelaki sebagai pelengkap hidup saya sebagai seorang wanita ! kan perempuan ni , fasa hidup dia akan lengkap jikaaa :-
kanak2 -----> gadis -----> remaja ----->wanita ---- > isteri -----> ibu = mission accomplished !
. . aku mungkin tengah hadapi fasa ketiga dalam hidop . . dan aku perlukan dia jugak . . dia yang bernama lelaki . . sebagai pelengkap kisah fasa ketiga aku . .
aku ada seorang membe , sederhana cantik , tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk , tidak terlalu buruk , tidak terlalu jelita , manisnya ada , santunnya memikat orang tua , beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke surau time dhuha untuk solat ( waktu sekolah menengah ) , dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo .
Tetapi aku tepikiaq jugak laa ,aku faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya . Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu , dan membuatnya selalu terfikir-fikir : Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki ? . . . kenapa masih belum ada seorang lelaki yang hadir dalam kisah aku sedangkan aku selalu bagi semangat kat kawan2 pasai hubungan depa . . . . ?
Kawan , aku harap hang berpeluang baca artikel ini . Cinta tidak datang dipaksa-paksa . Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya . kadang2 kita cuba bertindak macam kawan2 lain lakukan untuk gain love but you failed . . dont blame your luck . .
. . . . sebab . . . . . .
jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan , seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga . Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit .
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap , janggut selambak atau harta membuak-buak .
Tetapi lelaki yang baik , jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat , membimbing kelakuan kita , memelihara lisan kita ( ajaq hang beqenti sebut ennnn pa bala tuu ) , menjaga kemurnian kalbu bersama-sama , mendidik , membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana , dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya .
WALLAHU'ALAM ( entry aku alim siket niii )
No comments:
Post a Comment