Thursday, June 30, 2011

cinta 3 suku !


haiiiyaaaaaaaaakkkkk . . . lepas aku habeh baca novel CINTA 3 SUKU , aku start laa berangan . . mula laa tangan ni galak nak menaip entry kat blog . . best wehhh novel nehhh . . memang kena dengan jiwa remaja gedik macam aku nehh . . kebetulan pulak dia ceqita pasai kisah cinta , emm , maksud aku , kisah cinta selepas kahwin antara kapten pilot azahari dengan isteri dia , nurul iman . . PILOT ? wauuuu ! ! idaman aku tuhh wehhh . . dah la pilot , kapten pulak tu ! mau gaji  RM35 ribu . . 

kaver novel tuu . . kiut enn ?


dalam cerita nehh , iman , isteri kepada kapten azahari , dia ni semp0i , gila2 . . memang kasar . . pastu , kapten azahari selalu kata katdia " perangai kartun " sebab iman ni dia macam clumsy ahh . . apa ja telintas kat hotak dia , terus dia buat . . tapi perangai kartun dia tu kiut !


kapten azahari , atau , Panggilan manjanya Abang Arie . . Seorang pilot yang terbang ke sana ke mari . . Ke Perth . . Ke Amsterdam . . Setiap kali fly, tak pernah dia lupa bawa ole-ole pulang untuk yang tercinta . . Ada patung koala, ada rantai . . Minta bunga tulip saja tak pernah dapat . . Sampai hati Abang Arie..


yang pasti , komfem best gila babeng ahh novel niii . . dah la memang impian aku nak jugak laaa kawen dengan pilot ( impian dari kecik kott ) . . kalau laa tercapai . . wadus3 . . kena si pilot tu tanya aku , 

" will you marry me haneem ? "

tanpa berlengah aku jawab . . 

You make we wanna say . . . I do, I do, I do, do do do do do do doo "


, , , zzzzz . . sambil typing nehh , aku tersenyum senyum baghaaaiiii , , haha ! 

Monday, June 27, 2011

kenapa anggap nurse kerjaya rendah ?


ok ! FYI , aku bakal bergelar ' suster ' atau jururawat . . ya . . aku amek latihan kejururawatan under KKM . . dan aku still tak paham kenapa rakyat malaysia perlu skeptik dengan kerjaya nurse . . kononnya , rendah . . xdak class . . x ngaji pon buleh ! X NGAJI PON BULEH !  blah la woiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !!!!!!!!!!!!!!!!!!! ingat senang kot nak dapat nurse ! boddoh ! x kira . . aku dah kaji pasai nursing neh . . basic salary pon gempak ! tambah la gaji pokok + elaun + elaun kritikal . . hampa tengok nehh :-

bagi lepasan diploma macam aku nih , u29 :



Gred : U29
P1T1 RM1160.69 - P1T27 RM3057.39
P2T1 RM1231.78 – P2T27 RM3279.74
P3T1 RM1305.89 – P3T27 RM3476.28

kalo aku nak sambung buat degree , naik u41 , macam ni pulak :-
Jadual Gaji :
P1T1 RM1999.19 - P1T24 RM4723.81
P2T1 RM2095.20 - P2T24 RM5022.83
P3T1 RM2195.39 - P3T24 RM5317.92


dah la jururawat dapat elaun kritikal sebanyak 15% dari gaji pokok . . total elaun nurse rm2600 kot ! ! plus dengan gaji hampa terai la pikiaq beqapa ribu . . no wonder la nurse zaman laa kluaq qeja buleh beli swift la , civic laa . . buat gaji aku 4ribu , ha hampa imajin laaaaa dalam sebulan aku dapat banyak mana . . haeeehhh ! sumpah aku meluat dengaq mulot makcik makcik yang skeptik dengan nurse nehh . . macam la hampa kluaq u ka , poli ka , komfem dapat qeja ! ! nurse under spa , umoq 21 dah start qeja dohhh ! ! kalo nak dijadikan rezeki ada doktor sangkut kat nurse , ha , lagi puaeehhh laaaaaaaa . . . dah laa . . aku cakap banyak2 tarak guna gak !

Sunday, June 26, 2011

my turning point !

sapa kata aku tak mau berubah ? sapa kata aku suka pakai baju ketat2 sendat2 ? sapa kata aku selesa jalan kat syoping mall dengan bentuk badan yang berlekuk2 , mampu menarik perhatian kaum adam ? sapa kata aku suka di perhati ? 


sapa kata aku xmau pakai macam ni ? tutup semua bahagian ? xdak nampak gunung himalaya atau bukit fraser ? sumpah ! aku suka ! dan aku berharap ! dan aku amat berharap akan termakbul ! 


sapa kata aku xmau pakai jubah , tutup aurat dan bangkit perjuangkan agama ? aku nak ! 

ingat aku tak rasa malu ka bila ratu sebuah negara kafiruuunnn pakai jubah dan berjilbab sebab hormati umat muhammad ? ? 


ratu elizabeth II pon malu nak berjumpak dengan wakil negara islam dengan pakaian terbuka sana sini . . apatah lagi aku yang memang asalnya islam . . . 


sapa kata aku tak mau pakai burka atau purdah ? ? yang dapat menyembunyikan senyuman ajnabi aku ni dari mata lelaki . . ya ALLAH . . sungguh aku teringin ya ALLAH . . . 


ingat aku mau kaaa amek jalan ke neraka . . . . . ya ALLAH . . kuatkanlah pegangan aku . . biarlah hasrat aku ni tercapai . . jangan la hanya malam ni aku bercita cita nak berubah . . mai esoknya , hilang terbang hasrat aku . . . 


nak nafi apa lagi bila nampak wanita berlitup penuh macam ni ? takkan ALLAH nak jadikan seorang lelaki yang tidak baik sebagai suaminya ? takkan ALLAH nak lahirkan dari rahim dia zuriat2 yang tidak berfaedah ? xkan ALLAH  tak kurnia syurga kat dia ? ? xkan pompuan macam ni akan mengherdik suami dia ? takkan pompuan macam ni akan buang makpak dia kat tepi jalan ? DEMI ALLAH , pompuan macam ni ALLAH pelihara . . dan aku berharap aku mampu jadi sebahagian dari golongan wanita ni . . amin . . 


matikanlah aku dalam kebajikan ya ALLAH . . biarlah terpelihara aib aku ketika mati . . biarlah manusia yang baik2 dari para muslimin dan muslimat yang hadir pada pengebumian aku . . biarlah pemergian aku dirahmati manusia , disambut seluruh langit . . biarlah mati aku diiringi doa orang muslim lagi mukmin . . 



aku akan berubah ! pasti berubah ! amin . . . 




Saturday, June 25, 2011

ahlan wasahlan rejab !


"Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.:

Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Sya'aban dengan malam NISFUnya
Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Imam Nawawi)


* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
*Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur dengan muka bercahaya.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH dan tidak ditolak dia dari masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali r.a :
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun. 
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun. 
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun
.
REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

P E R H A T I A N

Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya kesemuanya ; laksanakanlah sebahagiannya DAN janganlah ditinggalkan semuanya
.

Thursday, June 23, 2011

amin...

ya ALLAH , bagilahh impian aku untuk berubah termakbul ya ALLAH . . jadikanlah aku anak solehah , denga cakap makpak , jaga pandangan mata dan hati . . jauhkanlah aku dari zina . . jadikan aku hamba solehah . . matikan aku dalam kebajikan . . peliharalah aib aku dunia akhirat . . amin

Wednesday, June 22, 2011

lelaki yang mampu menggetarkan naluri kewanitaanku

. . dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang
mesti geli giler baca tajuk tu kan . . haha
aku pun terasa kegeliannya jugakk . . . tapi aku nak jugak cita pasal tu . .

CIRI2 LELAKI YANG BOLEH BUAT AKU CAIR, MATE TAK BERKEDIP (sebab kelip kali ke2 dah tak boleh tengok), OTAK TAK BERPIKIR (tak pikir zina mata tu . . ish3)

CIRI YANG PERTAMA
----> aku memang pantang betul tengok lelaki yang pakai baju melayu siap bersongkok ( pakai lebai putih lagi best . . ) aduuuudududu … memang kalau selisih aku tunduk la .  . bukan segan atau bajet pemalu tapi buatnya makin menjadi2 zina mata aku. so . . cara terbaik tak payah tengok . muka cam pecah qumah pakai baju melayu bersongkok pun nampak hensem lagikan pulak yang hensem dan tenang . memang laju ja la aku nak usha . agak2 dia cam dah perasan , aku pun buat bodoh . . keji!
kenangan 1 :
pernah sorang senior aku ni . . ( teka la kalau pandai ) . . time tu, aku tengah lalu2 kat school compound ( ada majlis jamuan hari raya ) . nak2 pulak hari tu hari jumaat . . maka aku dah ready dah nak jaga mata . tak nak tengok lebih2  sebab kompom r ramai mamat bakal lalu kan. tetiba … jeng. .jeng…jeng.. lalu seorang lelaki pakai baju melayu kaler kuning cair ngan lebai putih ( ehem3 . . senang2 dia abg senior hat alim yang aku suka tu ) . . hah amik! tak pejam mata aku tengok. . bukan apa . .aku nak pastikan sapa ja … ( alasan )..rupanya senior aku.. lepas dia ternampak aku sakan usha dia ,  baru aku pusing kepala belah lain . . ngeh3

CIRI YANG KEDUA
orang2 yang ala2 islamic . aku dulu ni berangan la nak ustaz , imam masjid , tok khatib semua laa. .  pastu bila tengok perangai sendiri pon macam  setan rasa cam tak layak pulak nak dapat ustaz . so aku tukaq, nak orang yang hiphop tapi menjaga agama sebab aku nak dia bimbing aku yang syaitoooonnnirrojiimmmm ni..
masalahnya..aku tengok orang yang macam islamic pun aku dah boleh tersengih sorang2. bukan berangan kawin ngan dia . . tak la gitu . . tapi rasa sejuk hati tengok lelaki macam tu. walaupun aktiviti tersembunyi nya kat aspura aku tak tau, tapi secara zahirnya la, penampilan camtu memang menenangkan jiwa aku yang kacau bilau ni . . 
sebab tu, aku gedik2 bila mak aku nak kenenkan aku ngan en. muslimin walaupun aku tau dia tak kan nak aku sebab kenal pun tak . . hak3 . . tapi last2 , agak mengecewakan sebab dia tu bukan nya alim pon ! macam hipokrit aaa . . 

CIRI YANG KETIGA
suara sedap.
haaa..ok..ni memang kes perasan. aku ni suka berangan. memang bengong otak aku ni bila tengok nasyid ja . . mula la aku berangan nak kawin ngan orang nasyid ( geng nasyid sekolah pon aku cayaq xmau2 ) . eh . . tak nak kalah . . nak yang hensem ja . . contohnye vokalis devotees . pergh !hensem wooo …  tapi macam dia nak kat hang kak haneem oiii ! ! haha..
so, aku tukaq sikit . . tak payah artis.. mana2 individu yang sora sedap pun dah boleh wat aku cair.
kenangan 2 :
dulu . . waktu fom 4 , ada sorang senior alim nihh . . suara dia . . fuhhhhhhhhhhhhh ! ! kalo baca quran , mak aehhhhhh . . cukop syahdu laaa . . memang la ada membe dia nama hazran ka hapa tah , sora sedap lagi . . tapi dah qolbu ni tertarik pada senior tu jaa . . makanya , sora dia laa paling indah . . 
lagi satu cita… aku ada kawan…fawaz nama dia. xperlu laa aku bagitau fulname dia .  . satgi jadi gossip tahik pulakkkk . . sora dia sedap giler ! ! !  lagi sapa sora sedap ahh . . 
kesimpulannya … aku sangat suka and bahagia kalau suami aku nanti pandai berzikir dan suka berzikir or nyanyi supaya … . dia boleh tidoqkan ( dodoi ) aku ngan suara dia . lagu impian kasih memang best ahh ! tak kesah la sora sedap ke tak. aku suka jugak . ( tulis ni tebayangkan seseorang sampai tersenyum . . ntah cek abang nak ka tak …huhu)


CIRI YANG KEEMPAT PULAK
lelaki yang bersahabat .
tak kesah la sahabat dia sorang ke 2 ka ramai ka . . tapi memang aku suka tengok laki mcm ni . pompuan berkawan tu biasa, tapi lelaki yang berkawan baik tu pada aku luar biasa sikit . (samaada biasa tapi aku yang tak biasa tak tau la kan . . )
apa punya penyakit ntah . . tapi memang suka . . sebab kalo dia ada kawan , bermakna dia bermasyarakat . . orang suka dampingi dia . . nanti2 , sahabat jugak nak tolong kita apa2 kan . . 
contoh macam en. someone ngan ***** romate dia . . haha . . suka giler . . sebab tu aku suka usik en. someone ada skandal ngan ***** tu … keh3
aku rasa maybe orang yang macam ni pandai bergaul and menyenangkan hati sebab tu kawan nya melekat nak berkawan ngan dia . . (eh … ayat terserabut pulak)


CIRI KELIMA
lelaki yang pakai baju kemeja lengan panjang tapi dia lipat.
ni memang penyakit . ntah kenapa la aku suka laki macam tu. dah pakai baju kemeja lengan panjang nak lipat2 pulak . baik pakai lengan pendek ja kan . . tapi tak . . aku nak yang lengan panjang and dilipat jugak . xkira apa jadi ! mai la tsunami ka , banjir kilat ka , aku tetap suka laki lipat kemeja ! yang pakai lengan pendek aku tak pandang ( macam laa depa pandang aku ). pastu . . kawan aku pernah cakap lelaki yang pakai baju kemeja jalur2 putih ke bawah pun nampak hensem walaupun yang pakai tu tak berapa hensem. mula2 aku tak caya . tapi tengok lama2 aku tertipu jugakk . . (percaya la)

CIRI TERAKHIR (buat masa ni)
pandai buat lawak.
aku ni jeneh suka gelak. so bila tengok2 orang yang buat lawak ni memang aku rasa terhibur . haha . .  but, bila gelak hati pun hepi . . so secara tak langsung rasa bahagia la jugak kan .
tapi . . jangan wat lawak bodoh dah la. spontan sudehhh . . haha
dan 1 lagi..kena la pandai buat lawak ikut pada keadaan . kalau tengah keadaan series tetiba nak menyengal, memang carik pasal la kan . . 

rasanya tu ja la buat masa ni..
walaupun ciri2 ini sangat bersepah2 depan mata, tapi hanya satu ja yang bertakhta di hati . . cek abang saya . . haha !
(wah ! ayat geli . . meremang bulu hidung aku … haha)
aku rasa ni kekurangan aku . . sebab tu aku jalan tunduk bawah . selain aku boleh tengok kaki and kasut aku , aku boleh mengelak dari meliarkan mata aku ni … kerana aku ada penyakit suka mencari kelebihan fizikal seseorang tak kira jantina ,lelaki atau perempuan atau kedua2nya sekali … huhu
(entry ini teraspirasi masa tengok profile fb senior yang aku penah suka masa sekolah dulu . . dia tetap segak macam dulu . . dengan lebai kat kepala , berbaju melayu ,ada janggut sikit . . memang aku senyum ja … )
Aku nak tau la jugak . . ciri2 lelaki yang bisa menggetarkan naluri kewanitaan kawan2 aku … 

Tuesday, June 21, 2011

tips untuk diri sendiri sebelum masuk u !

Tips2 kalau hangpa benci rumate atau housemate hangpa . . lakukan . . gerenti berjaya punya ! 


1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung . Selepas sejam ,balik ke bilik & terangkan bahawa takdak org kat rumah . Unpack segala brg anda & pegi tidor. 

2. Setiap kali roommate anda balik ,jerit sekuat hati " horee … hang dah balik" . Lepas tu menari dlm 5 minit .Lepas tu , tenung jam lama2 dan tanya dia " Sepatutnya hang dah blah dah skrg" 

3. Buat2 terjaga pd tengah malam macam mamai laa , jerit kuat2 " Tolong , kat mana aku berada ni? " dan lari keliling bilik tu . Kalau bilik kecil , cukuplah sekadar melompat 2-3 kali . Kemudian, sambung tidoq. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap. 

4. Ambik marker, buat bulatan kecil kat lengan anda . BesaQkan bulatan tu setiap hari sambil berkata " Dah merebak… dah merebak!" 


5. Beli pokok bonsai . Bercakap & tidoq dengan pokok tu setiap hari . Selepas seminggu, bertengkaq dgn pokok tu dan cakap " Aku tak boleh hidup sebilik dengan hang lagi " sambil keluaq & menghempaskan pintu bilik dgn kuat … Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ . 

6. Beli pisau banyak-banyak . Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata " Tak lama lagi …tak lama lagi …" 

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Sial betoi, kalah lagi" 

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidoq. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee…!". bukak lampu semula. 


9. Pakai topi kertas . Bila dia balik , cakap " Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…" Lepas tu buat muka bodoh , sambil berkata "Eh, kau rupanya…" 

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh…aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik. 

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bahawa yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa anda kena ajaq dia cara mengosok gigi dengan betul. 


13. Edarkan risalah ke kawasan kedai / rumah kedai berdekatan rumah / kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda. 

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused + keliru . 

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam.Kalau boleh, bawak member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang. 

16. Masa roommate takdak , ambil deodoran dia dan sapukan pada seluruh dinding bilik.Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis. 

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tesebot. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau. 


18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, 
lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…i suke. . i suke !". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur. 


19. Masa roommate tidoq, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 orang baca yasin ramai2. bila roomate jaga pakat2 buat x nmpk apa2. 

20. Sebelum roommate balik dari kelas,bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkezzuuut sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat. 

Monday, June 20, 2011

KENAPA JARI MANIS ?

Tahukah kenapa cincin perkahwinan disarungkan pada jari manis, bukan di jari lain? Mesti ada sebabnya bukan? Ok, untuk mengetahuinya, cuba lakukan aktiviti di bawah.

1. Satukan kedua tangan anda dan lekuk jari tengah ke bahagian dalam, kemudian 4 jari lainnya dipertemukan hujungnya seperti gambar di bawah.



2. Kemudian, cuba buka ibu jari anda. Ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua. Manusia mengalami sakit dan kematian. Oleh kerana demikian, orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

3. Tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda. Jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik). Mereka memiliki keluarga sendiri, dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

4. Sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda. Jari kelingking mewakili anak-anak. Cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

5. Selanjutnya, tutup jari kelingking anda. Cuba pula buka jari manis di mana anda menyarungkan cincin perkahwinan. Anda akan berasa hairan kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka. Kerana jari manis mewakili suami isteri. Sepanjang hidup, anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain, sehidup semati.



Apa yang cuba diketengahkan ialah nilai pengajaran. Mungkin ianya cuma mitos, rekaan, atau sekadar kebetulan. Aku pun tak pasti kenapa jari hantu mesti dilekukkan ke dalam macam tu. Mungkin juga sebab jari hantu sering digunakan sebagai isyarat lucah? Heheh.. Tapi, apa salahnya jadikan ia sebagai iktibar. Selagi kita hidup, jangan permainkan perasaan pasangan hidup kita. Diharapkan anda semua dapat apa yang cuba disampaikan. InsyaAllah..




p/s : pakcik . . cepatlah besar . . haha . . jari makcik takdak cincin lagi ni !

Sunday, June 19, 2011

kEnaPa aKu sUkA piLot . . ?



yaaaa . . disebabkan aku ni agak materialistik , memang aku suka pilot . . salary seorang pilot per month is :



Basic salary for Second Officers (SO):
  • Upon endorsement, a Cadet Pilot will be paid a basic monthly salary of RM4,229
  • On posting to the fleet, without supervision of co-pilot – RM5,069
  • Second year on fleet RM5,360
  • Third year and onwards – RM5,668
Basic salary for First Officers (FO):
  • Narrow body aircraft – RM5,984 – RM9,501
  • Wide body aircraft – RM9,146 – RM17,009
Narrow body and wide body aircrafts are differentiated by a number of factors including the plane size and width, seating and so on. Typically, a narrow body aircraft has less than 200 seating, while a wide body can accommodate between 200 to 600 (Note: This is just a general definition).

Meals and Night Stop Allowances:
  •  Allowances range between RM150 to RM160 per night, depending on city of stop over.
Flying/Pilot Productivity Allowances (PPA):
  • Narrow body aircraft – RM48 for Captain, RM29 for co-pilot
  • Wide body aircraft – RM72 for Captain, RM43 for co-pilot
Average Gross Salary (inclusive of basic salary & allowances):
  • Second Officer, SO – RM6,000 – RM8,000
  • First Officer, FO – RM10,000 – RM16,000 (also depends on craft size)
  • Captain RM15,000 – RM35,000 (also depends on craft size)
semangnya aku pandang pada gaji . . BUT ! aku memang tersangatlahh suka pilot nii sebab depa kemas , kacak bergaya , macho , smart , hensem ( walopun kadang2 ada yang x bpa nak hensem tapi kalo dia pakai uniform pilot , perghh bhaaiiii ) . . tipuuu la kalo ada orang kata ' erghhh . . x mau laa laki pilot . . selalu kena tinggai ' ( padahai dalam hati berdoa sakan bagi dapat laki pilot ) . . 
tapi susah jugak kalo ada laki pilot . . ya la . . most of their times dengan pramugari hat lawa2 . . cun2 . . segak tahap karma . . waddduhhhhh ~ potensi nak berlaku curang 95 % ! 5 % lagi sebab kesian ke bini jaaa . . naya la pulaaakkkk . . tapi disebabkan keinginan aku yang melampau nih , aku nak paksa pakcik jadi pilot ! 

pakcik , be a pilot ! ! ! kalau x , kita putus ! ! ( waaaaa ~ xpaa laaa kalo x leh jadi pilot pon ! saya sayang awak ! )


Yeay! Tak sabar aku nak kongsi dengan you all pasal pilihan hati aku aka " jejaka terhebat " yang aku pon tak pasti boleh dapat or not . Bukan aku saja yang ada taste but aku rasa semua perempuan dekat dunia ni pon ada pilihan hati masing-masing . Even aku perasan diri aku ni tak lah cantik atau baik mana , but still it is my needs .



  • First thing yang perlu dan harus ada pada setiap " jejaka terhebat " aku is " masculin look" sebabnye aku ni memang hantu cerita lawan2 . I swear to god, I really like a man with masculin look!

  • Second is his "height". Disebabkan aku ni " kurang ketinggian " , aku mengharapkan jejaka idaman aku mempunyai tinggi180cm and above. pakcik kena selalu exercise bagi tinggi tau ! walopun sekarang 170cm , tapi kena jugak tambah lagi 10cm . . Yelah, nanti tak adalah bakal anak aku rendang-rendang
     
  • Third should be " educated " . Tak payah nak explain why because it is basic needs .

Saturday, June 18, 2011

susahnya bercakap dengan lelaki

tips bercakap dengan lelaki : 

1) beri arahan satu persatu

selesai tugas pertama baru beri arahan kedua.
kenapa? sebab lelaki hanya boleh buat satu perkara dalam satu masa. sebab mereka ni FOKUS. bila dah selesai satu tugas, baru dorang akan buat tugas yg lain.
tak macam perempuan,boleh buat banyak kerja dalam satu masa.contoh video yang aku tengok, ada perempuan tu sebelah tangan keringkan rambut guna hair dryer and sebelah lagi tangan dia duk cuci mangkuk tandas!

2) bertanya dan beri jawapan objektif.

 contoh : kenapa abang balik lambat? mesti suami tak tahu nak jawab apa so, sediakan lah jawapan objektif macam ; meeting ke, jam ke, banyak kerja ke, OT ke.. so,ada lah jawapan dorang nak pilih--
kenapa? sebab lelaki kan buat perkara satu satu. so dalam otak dia, dia dah set apa yg dia nak buat seharian tu. contohnya pagi pergi pejabat, kerja, balik rumah, rehat, mandi dll.
so bila suami baru je sampai rumah,selalunya dorang memang penat.dalam otak, fikir nak rehat sekejap ke, pekena air tea ke, tidur sat ke.tapi bila tiba2 je kita sergah si suami yang keletihan kat muka pintu dengan soalan2, dia akan blur! kejutan berlaku.dah tu kita marah2 pulak..kesian kat dia--

3) jangan guna perkataan " mengapa "

(dorang akan blank.lelaki tak pandai nak bagi ayat esei macam perempuan selalu jawab) cek abang aku pon , kalo aku tanya ' kenapa ' , ' awat ' , 'pasaipa ' komfem dia blurr 4 jam . 

4) elakkan soalan peribadi dan perasaannya

lelaki bukan macam perempuan. contohnya bila suami pergi rumah kenduri kahwin and bila dia dah balik rumah kita tanya macam mana majlis? jangan la expect dia jawab : " Ya Allah yang cantiknya pelamin dia. khemah warna purple bersanding pun warna purple.sedondon semuanya. cantik betul anak pak mat dengan laki nya bagai pinang di belah dua. ramai betul orang datang berderet2 kereta kat tepi jalan bla bla bla "..
kenapa?? sebab jawapan macam tu, keluar dari mulut kita je... ya tak? ; p

otak wanita berkait kait macam jala.

bukti ; lelaki : lawa tudung--
wanita : (berkata2 dalam hati ; semalam tak lawa ke? mesti ada pape ni.. tudung ni pelik ke?.. tudung aje ke.. atau make up tak kena hari ni..)
tengoklah betapa kompleks nya pemikiran seorang wanita tu.haha lawak jugak bila fikir fikir tapi ini lah lumrah kami ;p

di rumah, cara aktifkan minda lelaki ialah dengan nyatakan dia diperlukan, BUKAN diarah buat sesuatu.
contoh : abang, nanti tolong baiki lampu bilik air tu ye? kalau abang tak buat, susah lah nanti abang. abang sorang je yang boleh tolong saya.. (kan menarik ayat ni)
jangan pulak buat camni, abang ni dari minggu lepas saya suruh baiki lampu tu. tak buat2 jugak. kerja kecil macam tu pun tak boleh buat ke?? (tak baik nya...kesian kat dia tau--)



cara beri sokongan kepada buah hati lelaki

*jangan tembak dalam bila si dia mengadu
contoh ; si dia : abang kalah bola 5-0
isteri : abang tak reti main, memanglah! (aduh!sentap ni--makan dalam kot--kesian si dia)
sepatutnya jawapan gadis :
- padang basah kot..
- pengadil tak adil kot..
- lawan hebat kot..
-abang tak sihat kot..
baru lah sejuuuuuuuuuuuuk hati suami ((:  

\